Berani, menjolok mata dan mencuri perhatian. Itulah
yang boleh dikatakan mengenai tumbuhan ini.
Dari merah
lembayung, merah jambu, jingga, hijau dan kuning mewarnakan braktea
dan bunga-bunga yang berbentuk udang kara (lobster claw) atau lingkaran
tergantung (pendulous) memberi pilihan yang sangat luas bentuk-bentuk bunga
berserta dengan tatasusunan yang sangat unik menjadikan tumbuhan heliconia
sebagai pilihan utama dalam merekabentuk lanskap tropika di seluruh dunia.
Walaupun ia bukan berasal dari Malaysia, tetapi tumbuhan ini boleh tumbuh dengan cukup baik dalam negara ini. Ia bukan satu perkara mustahil yang Malaysia akan mengetuai dalam industri bunga-bungaan ini di dunia satu hari nanti kerana ini telah dibuktikan misalnya getah dari Brazil dan sawit dari Afrika telah menjadi eksport utama negara tetapi sudah tentu melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kerajaan perlu memberi lebih penekanan untuk menggalakkan menanam heliconia di kawasan lanskap terutamanya taman-taman awam kerana terdapat begitu banyak kepelbagaian dan ia tergolong dalam spesis herba saka tidak seperti annuals yang perlu diganti untuk setiap tiga bulan yang memerlukan kos yang tinggi

Sesungguhnya, satu rumpun Heliconia akan
menambah ‘sense of elegance’ dan mempunyai ‘class' yang tersendiri pada
mana-mana taman atau halaman samada besar atau kecil. Bertentangan dengan kepercayaan
biasa, bukan semua Heliconia tumbuh meliar tanpa dapat dikawal, banyak kultivar yang
wujud juga boleh dijadikan tanaman pasuan sebagai hiasan di sudut-sudut
rumah yang mengeluarkan bunga-bunga hebat sepanjang masa.
H. Wagneriana Rainbow |
H. Bihai Claw Two |
H. Tropic |
H. Stricta Bucky
|
H. Sexy Pink |
Bukan sekadar tanaman hiasan, kami juga mengusahakan tumbuhan Heliconia ini sebagai tanaman bunga keratan (cut flower) bagi membuat gubahan untuk sebarang acara seperti perkahwinan, hiasan pentas, makan malam serta gubahan bunga tangan (hand bouquet)
Heliconia - Peacock In The Tropic
Look at this
huge 'peacock'. It is made of heliconias, from the head, right to the tail.
It takes a
lot of work but it was worth it.
Dengan ladang seluas 5 ekar kami berupaya mengeluarkan 600 kuntum bunga seminggu untuk keperluan pasaran termasuk dari spesis ginger dan alpinia